SGKini | 28 Jan 2025
- Dalam perutusan sempena Tahun Baru Cina, PM Lawrence Wong nyatakan komitmen pemerintah untuk mendukung keluarga di setiap peringkat kehidupan.
- Lebih 38,000 peluang latihan yang ditawarkan NTUC dimanfaatkan para pekerja sektor penerbangan dan aeroangkasa.
- Jumlah peruncit yang terlibat dengan kesalahan berkaitan basikal elektrik semakin merosot, namun langkah penguatkuasaan akan terus dipertingkat.
- Menurut pihak berkuasa, alat-alat mobiliti aktif yang tidak mematuhi syarat piawaian mengakibatkan enam kematian sejak 2019.
- Palang Merah SG rayu orang ramai untuk tampil derma darah, kerana bekalan di SG dijangka merosot ke paras kritikal semasa musim perayaan.
VIDEO HARUS DITONTON
Hubungan SG-Timor Leste – Xanana Gusmao puji SG sebagai negara contoh dalam dunia yang tidak menentu
Perdana Menteri Timor Leste itu berkata demikian di ceramah awam anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS).