SGKini | 27 Sep 2024
- SMRT dan LTA berjaya gantikan dua daripada tiga mesin landasan yang rosak, sedang gangguan khidmat EWL berterusan buat hari ketiga.
- Singapura akan meluaskan lagi kemudahan loji air di Tuas bagi memenuhi permintaan air yang diramal meningkat seganda.
- Malaysia tangguhkan penguatkuasaan VEP. Kenderaan-kenderaan tanpa tag RFID masih boleh memasuki Malaysia seperti biasa mulai 1 Oktober, namun akan diberi notis peringatan.
- Presiden Tharman Shanmugaratnam berkata, menyatupadukan sebuah negara dengan matlamat yang dikongsi sama adalah kunci bagi menangkis polarisasi yang semakin meningkat di peringkat global.
- Tinjauan Barometer Asia terkini berhubung demokrasi mendapati lebih ramai rakyat Singapura menyifatkan negara ini sebagai sebuah demokrasi penuh.
- Dua pemegang jawatan tertinggi Prihatin Singapore Limited melepaskan jawatan masing-masing hanya empat bulan selepas Prihatin Singapura dirasmikan.
VIDEO HARUS DITONTON
DETIK Personaliti: Marina Yusoff, Mewarisi Warisan
Marina Yusoff, Som Said dan Sri Warisan. Menyatu dalam budaya dan kehidupan. Mekar memperkasa seni.