SGKini | 24 Sep 2024
- Mantan Menteri Pengangkutan S Iswaran mengaku bersalah di mahkamah, setelah pihak pendakwa tukar dua tuduhan rasuah kepada yang lebih ringan.
- Dua tuduhan rasuah itu digantikan dengan tuduhan di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan - iaitu menerima hadiah selaku penjawat awam.
- Buat pertama kalinya, jumlah penduduk SG mencecah lebih 6 juta orang pada Jun tahun ini.
- Dua kapal selam terbaharu SG sudah beroperasi sepenuhnya dan siap untuk mempertahankan perairan negara.
- Bilangan pekerja yang menghadapi diskriminasi berkurangan pada tahun lalu, meneruskan trend kemerosotan yang disaksikan sejak 2018.
- SBS Transit akan tingkatkan piawaian bagi kapten bas baharu menerusi satu program latihan yang boleh mereka selesaikan dalam kurang sebulan.
VIDEO HARUS DITONTON
Liputan Wartawan | Haji 2025 – 60,000 jemaah Indonesia sudah tiba di Madinah; lagi 5,000 di Makkah
Mereka terpaksa menempuh pemeriksaan lebih ketat yang bertujuan menyekat jemaah tanpa visa haji yang sah.