SGKiini | 24 jan sgkini
-Penguasa Kewangan Singapura (MAS) bertindak melonggarkan dasar kewangannya buat kali pertama dalam tempoh hampir lima tahun.
-Meskipun inflasi reda, para penganalisis menjangkakan Belanjawan Negara tahun ini akan menyertakan lebih banyak langkah untuk menangani kebimbangan tentang kos sara hidup.
-Pasaran jualan semula flat HDB dan hartanah privet dijangka terus berkembang tahun ini.
-Sektor pengilangan Singapura menutup tahun 2024 dengan prestasi yang kukuh, dengan hasil pengeluaran pada Disember berkembang 10.6%.
-Lebih 20 bangunan - termasuk Mahkamah Tinggi dan Gereja St Andrew - akan bergelap pada 15 Februari. Ini adalah sebahagian simulasi serangan siber bagi Latihan SG Ready yang akan berlangsung pada Hari Pertahanan Mutlak.
-Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata Singapura perlu kekal terbuka, inklusif dan berinteraksi dengan semua negara. Ini kerana polarisasi dan hakisan kepercayaan semakin meningkat dalam sistem politik domestik dan institusi antarabangsa.
VIDEO HARUS DITONTON
Fort Siloso dibuka hingga malam bagi peringati 83 tahun sejak SG gugur ke tangan Jepun
Fort Siloso di Sentosa akan dibuka sehingga malam hari bagi memperingati ulang tahun ke-83 jatuhnya Singapura ke tangan Jepun semasa Perang Dunia Kedua.