SGKINI | 23 Feb 2025
-Bahang Pilihan Raya Umum semakin terasa, dengan kedua-dua Parti Tindakan Rakyat (PAP) mahupun parti pembangkang memperlihatkan wajah-wajah baharu di kawasan-kawasan berbeza baru-baru ini.
Wajah-wajah baharu ini disebut-sebut sebagai kemungkinan menjadi calon bagi parti-parti politik berkenaan.
Bagaimanapun belum ada parti yang sudah mengesahkan bakat baharu yang berpotensi menjadi calon sejauh ini.
- Di pihak pembangkang pula, sebilangan muka baharu daripada pelbagai parti politik juga giat mendekati para pengundi.
Misalnya bagi Parti Pekerja (WP), Encik Abdul Muhaimin Abdul Malik, dikaitkan dengan GRC Sengkang.
- Dalam pada itu, Pengerusi PSP Dr Tan Cheng Bock mengesahkan beliau akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.
Dr Tan, 84 tahun, berkata beliau dalam keadaan sihat dan akan berada di Pusat Penamaan Calon apabila tiba masanya.
- Lebih 100 peluang pekerjaan ditawarkan kepada penduduk daerah tenggara Singapura dalam satu pameran di Bedok.
- Jumlah aduan barangan hilang yang ditemukan meningkat sebanyak 19 peratus kepada 50,000 kes tahun lalu.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.