SGKini | 22 Jan 2025
- Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi atau EBRC sudah dibentuk, sedang SG bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang perlu dianjurkan selewat-lewatnya Nov ini.
- Satu perikatan baharu ditubuhkan bagi menyeleras usaha mengendalikan kes-kes melonggok barang di rumah yang meningkat tiga kali ganda sejak empat tahun lalu.
- Menurut laporan terkini SkillsFuture Singapore, kemahiran kreatif kini semakin popular, khususnya bagi pekerjaan di luar sektor kreatif.
-SG hulurkan agihan bantuan ke-6 untuk Gaza bernilai hampir S$1.3 juta, menjadikan keseluruhan sumbangan negara kepada lebih S$19 juta.
VIDEO HARUS DITONTON
Alami sendiri suasana rumah kampung di pameran interaktif Biennale Kanak-Kanak 2025
Pameran 'Home Is Where The Heart Is' merupakan antara lapan karya seni interaktif yang dipamerkan untuk Biennale Kanak-Kanak 2025 di Galeri Nasional Singapura.