SGKINI | 19 Mac 2025
- Perdana Menteri Lawrence Wong memberi jaminan kepada syarikat-syarikat, bahawa pemerintah akan terus memberikan sokongan di tengah-tengah perubahan sejagat yang ketara.
- Presiden Tharman Shanmugaratnam meluluskan rancangan perbelanjaan pemerintah yang digariskan dalam Belanjawan negara baru-baru ini.
- Lebih ramai penduduk Singapura diambil bekerja dalam sektor-sektor berkemahiran tinggi seperti kewangan dan teknologi pada suku keempat tahun lalu.
- Para pakar ekonomi mengekalkan ramalan pertumbuhan GDP negara kepada 2.6 peratus tahun ini.
- Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) akan berlatih di kemudahan canggih yang sesuai untuk operasi keselamatan dalam negeri, ^memerangi pengganasan dan bantuan bencana.
- Kementerian Ehwal Luar (MFA) melahirkan rasa amat prihatin terhadap keganasan yang tercetus semula di Gaza, ^hingga menyebabkan lebih ramai orang awam terkorban.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.