SGKini | 15 Jan 2025
- SG dan Arab Saudi tubuhkan Majlis Perkongsian Strategik, bagi tingkatkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.
- Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman, turut menyampaikan penghargaan kepada Arab Saudi kerana memastikan keselamatan dan kebajikan jemaah haji SG.
- Encik Masagos Zulkifli yang kini berada di Tanah Suci, membincangkan pelbagai bidang kerjasama antara SG dan Arab Saudi bersama Gabenor Taif.
- Gedung aplikasi atau 'app store' perlu tentukan sama ada penggunanya adalah mereka di bawah umur, selain menyekat akses kanak-kanak kepada kandungan berbahaya.
- Sekitar 850,000 rakyat SG bergaji rendah yang berusia 55 tahun dan ke atas, akan menerima agihan wang tunai antara S$200 hingga S$300 bulan depan.
- Penjualan rumah privet menjunam 92% pada Dis lalu berbanding bulan sebelumnya, sebahagian besar disebabkan kurangnya bekalan rumah baru.
- Sebilangan kedai runcit menghantar kakitangan mereka untuk lakukan rondaan dengan polis bagi mencegah kes pencurian di tengah kesibukan perayaan Tahun Baharu Cina.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.