SGKINI | 15 Feb 2025
- Sepanjang dua minggu akan datang, sekitar 200 syarikat akan diuji dari segi daya ketahanan siber mereka menerusi emel pancingan data. Ini merupakan kali pertama latihan seumpama itu disertakan dalam latihan Pertahanan Mutlak. Ini memandangkan ancaman serangan siber kian meningkat sedang lebih banyak operasi dan khidmat di Singapura beralih ke wadah online.
- Kesediaan kolektif Singapura untuk mempertahankan kedudukannya adalah aset terbesar negara dalam keadaan tidak menentu. Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara Teo Chee Hean berkata demikian di upacara peringatan perang tahunan.
- 150,000 hidangan makanan yang boleh disimpan tanpa memerlukan peti sejuk akan dibekalkan dalam usaha membantu Singapura lebih bersiap sedia lagi bagi menghadapi kecemasan. Ia merupakan pengagihan hidangan siap dimakan yang terbesar dijalankan Singapura. Ia genting apabila berlakunya kekurangan bekalan makanan, atau gangguan daya tenaga besar-besaran.
- Anggota Parlimen GRC Nee Soon K Shanmugam berkata tiada jaminan ahli Parti Tindakan Rakyat (PAP) Daniel Liu akan bertanding dalam Pilihan Raya Umum yang bakal menjelang. Encik Shanmugam berkata, ramai wajah baharu PAP mungkin melakukan lawatan bertemu penduduk di pelbagai kawasan.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 13 Mac 2025
- Singapura gesa syarikat-syarikat Amerika manfaatkan peluang di rantau ini dengan menjadikan negara ini sebagai pangkalannya. - Syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura kini boleh mendakapi kecerdasan buatan (AI) dengan lebih cepat lagi. - Menteri Masagos Zulkifli berkata, penubuhan SMC baharu Tampines Changkat bermakna tambahan seorang lagi AP untuk berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. - Dengan daerah Jalan Kayu bertukar menjadi SMC, AP GRC Ang Mo Kio Ng Ling Ling berkata, penduduk kawasan itu boleh jangkakan lebih banyak perhatian daripada wakil mereka. - SDP mengkritik keputusan EBRC menggabungkan SMC Bukit Batok ke dalam sebuah GRC, iaitu GRC Jurong East-Bukit Batok. - Sempena ulang tahun Singapura yang ke-60, para penduduk boleh menjangkakan banyak promosi khas di merata pulau. - Taman hidupan liar terbaharu Mandai, Rainforest Wild Asia, kini dibuka kepada umum.