SGKini | 14 Feb 2025
SGKini | 14 Feb 2025
- Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, sekali gus mengatasi ramalan dan anggaran awal.
- Singapura kini setapak lagi dalam proses menuju dan menghampiri Pilihan Raya Umum 2025, apabila Daftar Pengundi kini siap disemak.
- Dua anggota Parlimen Dilantik (NMP) Syed Harun Alhabsyi dan Raj Joshua Thomas meletak jawatan daripada parlimen.
- Lebih 230 juta pengunjung melalui sempadan Singapura tahun lalu, iaitu naik enam peratus berbanding paras sebelum pandemik.
- Sekitar 60 penduduk berkeperluan khas di Siglap bakal meraih manfaat daripada satu inisiatif baharu yang dipanggil Tote-rific Community.
- Sempena meraikan ulang tahun ke-60 Singapura, sebuah pameran baharu diadakan Bangunan Perpustakaan Negara bagi memperingati empat seniman perintis tanah air.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 13 Mac 2025
- Singapura gesa syarikat-syarikat Amerika manfaatkan peluang di rantau ini dengan menjadikan negara ini sebagai pangkalannya. - Syarikat-syarikat yang berpangkalan di Singapura kini boleh mendakapi kecerdasan buatan (AI) dengan lebih cepat lagi. - Menteri Masagos Zulkifli berkata, penubuhan SMC baharu Tampines Changkat bermakna tambahan seorang lagi AP untuk berkhidmat kepada penduduk kawasan itu. - Dengan daerah Jalan Kayu bertukar menjadi SMC, AP GRC Ang Mo Kio Ng Ling Ling berkata, penduduk kawasan itu boleh jangkakan lebih banyak perhatian daripada wakil mereka. - SDP mengkritik keputusan EBRC menggabungkan SMC Bukit Batok ke dalam sebuah GRC, iaitu GRC Jurong East-Bukit Batok. - Sempena ulang tahun Singapura yang ke-60, para penduduk boleh menjangkakan banyak promosi khas di merata pulau. - Taman hidupan liar terbaharu Mandai, Rainforest Wild Asia, kini dibuka kepada umum.