SGKini | 13 Sep 2024
- Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, sistem berbilang hala adalah talian hayat penting bagi negara kecil seperti Singapura.
- Pope Francis gulung lawatannya ke Singapura hari ini. Beliau ajak golongan belia supaya berani adakan dialog antara agama dan pupuk persefahaman pada skala lebih besar.
- Warga emas yang perlukan gigi palsu, tidak lama lagi boleh berbuat demikian dengan lebih cepat dan murah. Pusat Pergigian Nasional Singapura (NDCS) dan A*STAR berjaya membangunkan cara baharu untuk membuat gigi palsu sedemikian.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 7: Ustaz Ruknuddin
Ruqyah ialah satu amalan Islam yang melibatkan pembacaan ayat-ayat Qur’an tertentu dan doa-doa dengan niat untuk mendapatkan perlindungan, penyembuhan atau kelegaan daripada gangguan bersifat ghaib. Secara khusus, ia boleh digunakan untuk gangguan dari segi ilmu hitam, sihir atau kerasukan jin. Kadangkala dalam dunai mistik ini sukar membezakan apa yang betul dan apa pula yang salah. KitorangSG berbual bersama Ustaz Ruknuddin Zainor, pengasas Ruqyah.SG untuk mendapatkan pencerahan beliau.