SGKini | 13 Jan 2025
- 12 pesawat yang sepatutnya mendarat di Singapura terpaksa dilencongkan ekoran cuaca buruk hujung minggu lalu.
- Langkah baharu diumumkan semasa pembukaan tahun perundangan 2025, dengan tujuan untuk mengurus kes kesalahan seksual dengan lebih baik.
- Sekitar 1,000 pekerja sektor kejuruteraan jitu berpeluang meningkatkan kemahiran mereka di bawah program baharu yang diterajui ST Engineering.
- Kesemua 8 anak kapal Silver Sincere yang berdaftar di Malaysia, berjaya diselamatkan selepas karam di perairan berhampiran Pedra Branca.
- Mulai 14 Jan, keluarga bergaji rendah yang layak boleh membuat permohonan bagi baucar pengangkutan awam (PTV) bernilai S$60.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 09 Feb 2025
- Seorang lelaki diberkas kerana menyerang seorang paderi di sebuah geraja yang terletak di Upper Thomson Road. - Sesetengah badan di sini kian berusaha meningkatkan program masing-masing demi mengukuhkan keharmonian sosial dan agama di Singapura. - Lebih 10,000 penganut Hindu sertai upacara penyucian semula Kuil Sri Siva-Krishna di Woodlands, dengan PM Lawrence Wong menjadi tetamu kehormat. - PM Wong dan para menteri kabinet mengajurkan acara sambutan Tahun Baharu Cina di pekarangan Istana, yang dihadiri sekitar 3,000 tetamu. - Di penghujung Tahun Baharu Cina, sesetengah pihak mencari cara kreatif untuk memastikan limau serta kudapan yang belum terjual, tidak dibazirkan. - Peruncit SG digalak tawarkan pengalaman membeli-belah yang unik kepada para pelanggan bagi mengatasi persaingan, terutama dari Johor Bahru.