SGKini | 11 Nov 2024
- Polis mungkin diberi kuasa untuk menghalang pemindahan wang dalam kes-kes di mana mangsa penipuan atau 'scam', enggan percaya bahawa mereka sedang menjadi sasaran dan sebaliknya berkeras mahu memindahkan wang.
- Mahkamah tidak lama lagi mungkin diberi lebih banyak kuasa budi bicara untuk menjatuhkan hukuman yang sesuai bagi kesalahan memandu.
- Keandalan rangkaian khidmat MRT sudah semakin baik antara September hingga Oktober.
- Singapura dan China akan menaik taraf perjanjian dagangan bebas (FTA) yang dimeterai pada 2008.
- Naib Perdana Menteri China Ding Xuexiang turut mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Lawrence Wong di Istana hari ini.
- Seorang lelaki berusia 37 tahun, Basnayake Keith Spencer, didakwa di mahkamah hari ini berhubung insiden tikaman semasa satu upacara misa di Gereja St Joseph.
- Yayasan DBS akan memperuntukkan S$88 juta bagi membantu golongan memerlukan di merata negara mendapat akses kepada keperluan asas seperti bekalan makanan dan jangaan kesihatan, dengan tumpuan diberikan kepada penduduk semakin menua.
- Lebih 1,900 kakitangan Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) dan Pasukan Pertahanan Australia (ADF) mengambil bahagian dalam Latihan Trident tahun ini.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 05 Dis 2024
- Sebuah pusat baharu akan dilancar di SG bagi memperkasa rantau Asia Tenggara menerusi huraian-huraian AI yang dapat meningkatkan sektor penjagaan kesihatan. - Penjualan runcit naik 2.2% pada Oktober kepada S$4.1 bilion, dengan urus niaga secara online membentuk hampir 13%. - Dua kaedah pembayaran elektronik yang baharu bagi urus niaga runcit dan korporat - 'EDP dan EDP+', akan diperkenalkan pada pertengahan tahun depan.