Skip to main content

Iklan

SGKini | 10 Sep 2024

10 Sep 2024 09:23pm

- Parlimen luluskan Rang Undang-Undang Pekerja Platform yang beri pelbagai kemudahan asas, termasuk sumbangan CPF oleh para pengendali serta perlindungan insurans semasa bertugas.

- Majikan digalak menggunakan dana daripada cuti ibu bapa bergaji yang dibayar pemerintah apabila mengambil pekerja lain sebagai pengganti.

- MOE ambil tindakan undang-undang terhadap kontraktor Mobile Guardian, menyusuli dua kes penggodaman siber yang menjejas lebih 100,000 pengguna.

- MOE jelaskan bahawa program berkebolehan tinggi yang baharu, bukan bertujuan membantu para pelajar mencapai keputusan lebih baik dalam peperiksaan nasional.

- Satu kumpulan guru sambilan sedang dibangunkan agar tenaga pengajar di sekolah Pendidikan Khas (SPED) mempunyai waktu untuk mengikuti latihan atau mengambil cuti.

- Sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, satu Kertas Putih dilancar bagi gariskan strategi menangani trend yang semakin membimbangkan di SG.

- Lebih 100 anggota keluarga dan penyokong berkumpul untuk menyambut kepulangan atlet paralimpik Team SG di Lapangan Terbang Changi.

- Mediacorp selaku badan penyiaran negara akan meningkatkan sokongannya kepada Cabaran Presiden tahun ini menerusi dua insiatif baharu.

Iklan

Iklan

Iklan