SGKini | 10 Mac 2025
- Keluarga yang memerlukan di bawah program ComLink+ kini boleh dapatkan bimbingan dalam penjagaan kesihatan serta memiliki rumah mereka sendiri.
- Golongan kurang upaya (PWD) bakal menerima lebih banyak bantuan agar bersedia untuk bekerja selepas lulus daripada sekolah-sekolah pendidikan khas.
- Semua prasekolah yang disokong pemerintah akan menawarkan program pembelajaran seni menjelang 2027.
- Institut Sukan Singapura (SSI), Institut Sukan Belia Kebangsaan (NYSI) dan Sekolah Sukan Singapura (SSP) bakal digabungkan menjadi satu entiti.
- Jumlah pertanyaan & tempoh perbahasan sepanjang Jawatankuasa Peruntukan bagi Belanjawan 2025 mencatat rekod berbanding semua sesi sebelum ini.
- SG terus menguatkuasakan peraturan untuk memastikan pemilik gerai penjaja mengendalikan kedai mereka sendiri bagi mencegah amalan penyewaan semula.
VIDEO HARUS DITONTON
Liputan Wartawan (1 Feb) | "Kopi with AI" AMP
Sejauh manakah AI menimbulkan ancaman kepada pekerjaan manusia? Ini antara persoalan yang dikupas barisan panel ini bersama 80 karyawan Muslim selama dua jam dalam acara "Kopi with AI" anjuran AMP. #BERITAMediacorp #KecerdasanBuatan