SGKini | 09 Sep 2024
- Mulai 28 Disember, tambang pengangkutan awam akan meningkat 10 sen bagi setiap perjalanan, sedang dana tambahan S$250 juta tersedia bagi mengurangkan kesannya.
- Satu rang undang-undang baharu diusul bagi mencegah kandungan yang dimanipulasi secara digital menerusi penipuan 'deepfake' ke atas para calon pilihan raya.
- MOM menyatakan, rayuan akan dinilai berdasarkan kes demi kes bagi mereka yang tidak layak menerima bantuan di bawah Skim Bantuan Pencari Kerja SkillsFuture.
- Satu pindaan undang-undang dibentangkan untuk beri penduduk dan para peniaga Rebat Cukai Pendapatan sebanyak 50%, bermula tahun kewangan 2024.
- Menteri Ehwal Dalam Negeri K Shanmugam dedahkan di Parlimen, kira-kira 2,500 pelawat tidak dibenar masuk ke Singapura setiap bulan atas pelbagai sebab.
- Menurut MOH, memandangkan mpox mempunyai tempoh inkubasi sehingga 21 hari, tidak sesuai untuk mengenal pasti dan mengasingkan individu di sempadan negara.
- Sebuah unit baharu masyarakat yang boleh tegakkan penguatkuasaan merupakan sebahagian daripada rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen pada 9 Sep.
- Program "STEAMunity" himpunkan pelajar sekolah menengah dan pengajian tinggi untuk mencipta huraian bagi masyarakat, menerusi bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Seni dan Matematik.
- Pasukan Polis Singapura (SPF) akan tingkatkan langkah keselamatan semasa lawatan Pope Francis ke sini yang bermula Rabu, 11 Sep.
- Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan berkata, "hubungan cemerlang" antara Singapura dan China adalah satu titik terang dalam dunia yang kian tidak menentu.
- Putera Mahkota Brunei Al-Muhtadee Billah lakukan lawatan rasmi selama 4-hari ke Singapura mulai Selasa 10 Sep atas undangan PM Lawrence Wong.
VIDEO HARUS DITONTON
DETIK Personaliti: Marina Yusoff, Mewarisi Warisan
Marina Yusoff, Som Said dan Sri Warisan. Menyatu dalam budaya dan kehidupan. Mekar memperkasa seni.