SGKini | 09 Dis 2024
- Pasaran buruh SG tumbuh mantap pada suku ketiga tahun ini, dengan pengambilan pekerja bertambah sebanyak 22,300 - naik hampir seganda.
- Pengambilan kerja dalam kalangan penduduk SG dijangka mendatar ekoran penyertaan tenaga kerja yang tinggi & tenaga kerja yang tumbuh terhad.
- Usia persaraan dan pengambilan semula kerja bagi semua kakitangan NTUC akan dinaikkan mulai 1 Januari depan.
- Suspek yang didakwa menikam seorang paderi di Gereja St. Joseph bulan lalu tidak dibenarkan ikat jamin, demi keselamatan orang awam.
- Keputusan GCE Peringkat 'N' 2024 akan diumumkan pada Isnin, 16 Dis mulai jam 2 petang di sekolah-sekolah para calon.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 17 Jan 2025
- Pendidikan tinggi SG dalam kalangan 10 terbaik di dunia dalam melengkapi para graduannya dengan kemahiran pekerjaan yang diingini. - Eksport utama SG melonjak pada hujung tahun lalu, dipacu oleh pemulihan pada permintaan global bagi elektronik. - Presiden Tharman berkata SG komited untuk melabur dan menyertai rancangan-rancangan besar India bagi masa hadapan. - SG komited untuk bekerjasama dengan ASEAN dan rakan-rakan dialog lain termasuk China dalam usaha memerangi penipuan. - Tidak lama lagi para pengunjung ke Koridor Kereta Api boleh menikmati lebih banyak ruang masyarakat, apabila lagi 10 ruang masyarakat siap dibina sepenuhnya. - Jejambat dan jabanah di SG akan menampilkan lebih banyak karya seni tempatan, dengan sebuah projek kini dirintis di estet Bukit Gombak. - SG komited untuk bekerjasama dengan ASEAN dan rakan-rakan dialog lain termasuk China dalam usaha memerangi penipuan.