SGKini | 08 Okt 2024
- Sempena kunjungan rasmi Presiden Yoon Suk Yeol, SG dan Korea Selatan sepakat untuk pertingkat hubungan dua hala ke taraf Kerjasama Strategik.
- Semasa Forum Perniagaan SG-Korea pula, 10 MOU dimeterai, meliputi bidang seperti automotif, tenaga boleh diperbaharui dan hiburan.
- Satu tinjauan terkini menunjukkan, ramai yang mengalami gangguan mental, masih enggan merujuk kepada pakar disebabkan stigma sosial.
- Enam orang cedera selepas sebahagian rumah kedai di Syed Alwi Road runtuh awal pagi tadi, disyaki akibat letupan gas.
- Gangguan kepada khidmat talian Singtel yang bermula pada 3.00 petang menjejas pelbagai hotline kecemasan, termasuk 995 dan 999.
- SUSS tawarkan program baharu ijazah sarjana muda selama empat tahun, yang turut dilengkapkan dengan lesen juruterbang pesawat komersil.
-Pelan pemantauan nasional menerusi pengumpulan data di kawasan biodiversiti utama SG kaji kesan jangka panjang insiden tumpahan minyak Jun lalu.
VIDEO HARUS DITONTON
Alami sendiri suasana rumah kampung di pameran interaktif Biennale Kanak-Kanak 2025
Pameran 'Home Is Where The Heart Is' merupakan antara lapan karya seni interaktif yang dipamerkan untuk Biennale Kanak-Kanak 2025 di Galeri Nasional Singapura.