SGKini | 07 Jan 2025
- SG dan Malaysia memeterai perjanjian untuk menubuhkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
- kedua-dua pemimpin SG & Malaysia tekankan betapa pentingnya untuk perkukuh hubungan dua hala & membina kuasa serantau yang lebih kuat demi mengatasi tekanan luaran.
- Satu rang undang-undang baharu dibentangkan di Parlimen hari ini (07 Jan) untuk tingkatkan usaha melindungi keharmonian kaum.
- Parlimen luluskan undang-undang baharu yang memberi polis kuasa untuk sekat akaun bank mereka yang disyaki menjadi mangsa penipuan.
- Rang Undang-Undang Keadilan di Tempat Kerja (WFL) diharap dapat perkukuh norma-norma keadilan dan keharmonian yang sekian lama diamalkan para majikan.
- MHA jelaskan, memansuhkan hukuman minimum untuk pesalah lalu lintas kali pertama, bukan tanda pihak berkuasa lebih berlembut terhadap mereka.
- Lapan penyedia khidmat teleperubatan disiasat setelah didapati tidak mematuhi peraturan berikutan audit yang dijalankan.
VIDEO HARUS DITONTON
Alami sendiri suasana rumah kampung di pameran interaktif Biennale Kanak-Kanak 2025
Pameran 'Home Is Where The Heart Is' merupakan antara lapan karya seni interaktif yang dipamerkan untuk Biennale Kanak-Kanak 2025 di Galeri Nasional Singapura.