SGKini | 06 Mac 2025
- MOE umumkan, mulai tahun 2028, kelayakan masuk ke maktab rendah akan dinilai berdasarkan 5 subjek GCE 'O', bukan lagi 6 subjek.
- Universiti Sains Kemasyarakatan Singapura (SUSS) akan mendapat kampus baharu di Rochor Road, menjelang pertengahan 2030.
- Pekerja pertengahan kerjaya yang mahu mengikuti kursus sambilan, tidak lama lagi boleh memohon elaun latihan yang diperluas.
- SM Teo berkata dalam kes berhubung pendedahan butiran NRIC, langkah sewajarnya akan diambil terhadap para pegawai di agensi-agensi terlibat.
- Menurut MTI, peniaga di estet kejiranan akan dibantu untuk menyegarkan muka kedai dan menganjurkan acara untuk merancakkan lagi kejiranan.
- Rakyat dan Penduduk Tetap boleh nikmati diskaun sehingga 60% apabila berkunjung ke lebih 20 daya tarikan pelancong sempena SG60.
VIDEO HARUS DITONTON
KILASAN | 17 Mac 2025
- Eksport utama Singapura kembali meningkat pada Februari setelah jatuh secara mengejut pada bulan sebelumnya. - Dalam perkembangan terkini politik Malaysia, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng gagal mempertahankan kedudukannya selaku Pengerusi DAP. - Pihak berkuasa Indonesia mahu menyemarakkan bahagian utara Bali menerusi sebuah lapangan terbang baharu.