SGKini | 05 Mac 2025
- Pemerintah sedang kaji kemungkinan membina lagi dua laluan MRT baharu.
- Stesen-stesen MRT di dua laluan tertua Singapura akan diperbaharui dalam tempoh sedekad akan datang.
- Pengguna Alat Bantuan Mobiliti Peribadi (PMA) perlu mematuhi peraturan-peraturan baharu yang bakal diperkenalkan tahun depan.
- Projek Flat Bina Ikut Tempahan (BTO) di estet Mount Pleasant akan dilancarkan untuk penjualan bermula Oktober depan.
- Sekurang-kurangnya 15,000 warga emas akan layak bagi skim bonus tunai apabila mereka memilih untuk berpindah ke flat lebih kecil.
- Bagi membantu lebih ramai warga memiliki rumah, sokongan kewangan akan dilanjutkan kepada pembeli kali pertama yang tinggal bersama anak-anak di flat sewa awam.
- Penduduk tempatan boleh jangkakan lapan taman baharu di kawasan seperti Spottiswoode, Woodgrove dan Farrer Park.
- Menurut Menteri Kedua Ehwal Luar Dr Mohd Maliki Osman, ramai rakyat SG membuat sumbangan dalam bulan Ramadan untuk membantu meringankan derita penduduk di Gaza.
VIDEO HARUS DITONTON
KILASAN | 17 Mac 2025
- Eksport utama Singapura kembali meningkat pada Februari setelah jatuh secara mengejut pada bulan sebelumnya. - Dalam perkembangan terkini politik Malaysia, Parti Tindakan Demokratik (DAP) Lim Guan Eng gagal mempertahankan kedudukannya selaku Pengerusi DAP. - Pihak berkuasa Indonesia mahu menyemarakkan bahagian utara Bali menerusi sebuah lapangan terbang baharu.