SGKini | 04 Dis 2024
- Langkah-langkah baharu bakal berkuat kuasa mulai Januari depan untuk menambah baik khidmat teksi dan kereta sewa privet.
-Satu program perintis diperkenalkan untuk membantu golongan muda dapatkan bimbingan kerjaya daripada pakar industri.
-Sekitar 1,200 pekerjaan berkemahiran tinggi bakal dicipta di SG apabila kilang pembuatan wafer yang baharu milik VSMC siap dibina pada 2027.
- PAP umumkan pelantikan Jawatankuasa Eksekutif Pusat yang ke-38, dengan Lawrence Wong secara rasmi dipilih sebagai Setiausaha Agung parti.
- Harga COE ditutup bercampur-campur dalam bidaan pertama bulan Dis, dengan premium motosikal merosot ke paras terendah sejak Mei tahun lalu.
- Kemahiran dalam teknologi terbaru yang digunakan dalam filem pecah panggung Hollywood akan disertakan dalam rangka kerja kemahiran yang diperbaharui bagi industri media.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 22 Jan 2025
- Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi atau EBRC sudah dibentuk, sedang SG bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang perlu dianjurkan selewat-lewatnya Nov ini. - Satu perikatan baharu ditubuhkan bagi menyeleras usaha mengendalikan kes-kes melonggok barang di rumah yang meningkat tiga kali ganda sejak empat tahun lalu. - Menurut laporan terkini SkillsFuture Singapore, kemahiran kreatif kini semakin popular, khususnya bagi pekerjaan di luar sektor kreatif. -SG hulurkan agihan bantuan ke-6 untuk Gaza bernilai hampir S$1.3 juta, menjadikan keseluruhan sumbangan negara kepada lebih S$19 juta.