SGKini | 03 Mac 2025
- Singapura sedang memperhebat keupayaan ketenteraannya dengan satu siri peningkatan strategik demi melindungi negara ini.
- Semua Anggota Perkhidmatan Negara Sepenuh Masa (NSF) dalam Angkatan Bersenjata Singapura (SAF), Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) akan menerima kenaikan $35 hingga $75 dalam elaun bulanan mereka, bermula dari 1 Julai depan.
- SAF sedang membuat "pelan konkrit" untuk menawarkan bantuan perubatan kepada penduduk Carikan Gaza.
- Menteri Ehwal Luar Dr Vivian Balakrishnan memberi amaran bahawa satu orde dunia baharu sedang muncul^ di tengah-tengah ketidaktentuan yang semakin meningkat.
- Dalam ucapannya pula, Menteri Kedua Ehwal Luar, Dr Maliki Osman melahirkan rasa bimbang dengan keadaan yang mencengkam para penduduk Gaza sedang Ramadan baru sahaja bermula.
- Kanak-kanak yang dilaporkan oleh ibu bapa mereka kepada pihak berkuasa kerana menghisap Vape, tidak akan dikenakan denda.
- Perdana Menteri Lawrence Wong berkata, pemerintah memutuskan untuk meneruskan langkah menaikkan GST hanya setelah ekonomi Singapura menunjukkan tanda-tanda menjadi stabil.
- Satu "pertembungan" kelemahan, termasuk salah faham, akhirnya membawa kepada pendedahan nombor penuh kad pengenalan di sebuah wadah Penguasa Pengawalan Perakaunan dan Korporat (ACRA) pada Disember lalu.
VIDEO HARUS DITONTON
BERITA (10 Apr) | Protokol mengikat di sisi undang-undang SG, Australia bagi bekalan penting
Perdana Menteri Lawrence Wong dan rakan sejawatannya dari Australia, Anthony Albanese, berikrar untuk menyokong aliran barangan penting, termasuk petroleum dan gas asli cecair (LNG), serta meningkatkan kerjasama bagi memastikan pergerakan bekalan yang tepat pada masanya. #BERITAMediacorp #Australia #Singapura