SGKini | 03 Dis 2024
- SG memeterai lebih 20 perjanjian dengan wilayah Jiangsu di China dalam bidang-bidang seperti kemampanan dan jagaan kesihatan.
-SG & Australia teroka cara-cara bagi meningkatkan akses kepada kemudahan pertahanan satu sama lain bagi memperkukuhkan kerjasama pertahanan.
- SG & Arab Saudi bincangkan cara-cara untuk memperkukuh kerjasama dalam bidang-bidang seperti pertahanan, perdagangan dan pelaburan serta usaha menangkis radikalisasi.
- SG menambah anugerah biasiswa tahunan daripada 3 kepada 10 untuk membantu Penguasa Palestin membangunkan keupayaannya.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 22 Jan 2025
- Jawatankuasa Semakan Sempadan Kawasan Undi atau EBRC sudah dibentuk, sedang SG bersiap sedia untuk pilihan raya umum yang perlu dianjurkan selewat-lewatnya Nov ini. - Satu perikatan baharu ditubuhkan bagi menyeleras usaha mengendalikan kes-kes melonggok barang di rumah yang meningkat tiga kali ganda sejak empat tahun lalu. - Menurut laporan terkini SkillsFuture Singapore, kemahiran kreatif kini semakin popular, khususnya bagi pekerjaan di luar sektor kreatif. -SG hulurkan agihan bantuan ke-6 untuk Gaza bernilai hampir S$1.3 juta, menjadikan keseluruhan sumbangan negara kepada lebih S$19 juta.