KITORANGSG: Otai Untold Stories | EP 7: Raman Daud
Pernah memperjuangkan gagasan ekonomi Melayu yang akhirnya tinggal sebagai impian, wartawan veteran, Encik Raman Daud masih menyimpan harapan besar terhadap masa depan masyarakatnya. Selepas lebih tiga dekad dalam dunia kewartawanan, beliau mengimbas perjuangan KEMAS, pengaruh besar Allahyarham Pendeta Cikgu Ariff Ahmad serta kebimbangannya terhadap kedudukan bahasa dan budaya Melayu.
Dalam episod KitorangSG kali ini, Encik Raman berkongsi kisah perjuangan dan pengorbanannya, sambil menyampaikan satu pesanan tegas — jangan sampai kejayaan membuat kita lupa akan akar budaya dan tanggungjawab terhadap masyarakat sendiri.
VIDEO HARUS DITONTON
LIPUTAN WARTAWAN (21 Okt) | Wanita nadi perniagaan di Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan
Tahukah anda, lebih 90% daripada sekitar 1,300 peniaga di Pasar Besar Siti Khadijah, Kelantan, ialah wanita? Antaranya Cik Fatimah Farik, 80 tahun, yang masih gigih meneruskan perniagaan keluarganya sejak empat generasi. Lebih daripada sekadar tempat berjual beli, pasar ikonik ini menjadi lambang kegigihan dan semangat keusahawanan wanita Kelantan. #BERITAMediacorp #LiputanWartawan #Kelantan #PasarSitiKhadijah #Keusahawanan