Skip to main content

KITORANGSG: Otai Untold Stories | EP 2: Zaliha Hamid

12 Sep 2026 12:15pm

Lebih lima dekad menghiburkan penonton, Zaliha Hamid atau lebih mesra disapa Mak Leha merupakan antara ‘otai’ yang mewarnai dunia hiburan Melayu tempatan sejak era 1970-an. Daripada bermula bersama Allahyarham Hamid Bond hingga menjadi satu-satunya pelawak wanita dalam kelompok yang didominasi lelaki, Mak Leha mengimbas perjalanan seninya yang penuh warna.

Namun di sebalik gelak tawa, tersimpan kisah kehidupan yang lebih peribadi. Mak Leha berkongsi tentang zaman kanak-kanaknya yang dibesarkan oleh ibu angkat, hubungannya dengan Ibu kandung serta pengalaman hidup yang membentuk dirinya sejak kecil.

Dalam episod KitorangSG kali ini, Mak Leha membuka lembaran tentang keluarga, kehilangan, persahabatan dan perjalanan panjang sebagai anak seni – sisi seorang pelawak veteran yang mungkin belum pernah diketahui ramai.