KILASAN | 30 Okt 2024
- Calon presiden Democrat, Kamala Harris menyampaikan apa yang disebut sebagai 'hujah penutup' kempen beliau dengan mengajak para pengundi supaya menutup era Donald Trump.
- Sementara itu, semasa berkempen di Pennsylvania, Trump mengkritik Cik Harris dalam isu menangani krisis pendatang asing di sepanjang sempadan AS dengan Mexico.
- Kesatuan Eropah (EU) meneruskan niatnya untuk mengenakan tarif tambahan ke atas kereta elektrik atau EV yang diimport dari China sebanyak antara 17%-35%.
- Selatan China bergelut dengan kesan yang ditinggalkan ribut tropika Trami, dengan banyak bahagian di wilayah Hainan ditenggelami air ekoran hujan lebat selepas dibadai Trami.
- Pihak berkuasa Sepanyol menasihatkan para penduduk di wilayah timur dan selatan negara itu untuk tidak keluar rumah ekoran banjir kilat berpunca daripada hujan lebat.
- Dunia sukan bola sepak tempatan meratapi pemergian sekali gus dua tokoh pada hari yang sama, 29 Oktober.
VIDEO HARUS DITONTON
Hubungan SG-Timor Leste – Xanana Gusmao puji SG sebagai negara contoh dalam dunia yang tidak menentu
Perdana Menteri Timor Leste itu berkata demikian di ceramah awam anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS).