KILASAN | 23 Sep 2024
- Calon berhaluan kiri, Anura Kumara Dissanayake, 55 tahun, mengangkat sumpah jawatan sebagai presiden baharu Sri Lanka.
- Tentera Korea Selatan memberi amaran, akan mengambil tindakan tegas sekiranya belon-belon yang dilepaskan Pyongyang ke negara itu, mengancam keselamatan rakyatnya.
- Lebih 300 kanak-kanak yang diselamatkan dalam serbuan polis ke pelbagai premis GISB Holdings, bakal mengikuti pendidikan formal mulai 1 Oktober.
- Jabatan Meteorologi Malaysia keluarkan amaran bakal berlakunya hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang di beberapa buah negeri mulai 24 Sep.
- Hujan lebat yang terus melanda bahagian tengah Jepun sejak Sabtu 21 Sep mencetuskan banjir meluas dan kejadian tanah runtuh.
- Eropah pula berdepan dengan kerosakan angkara Ribut Boris, termasuk banjir paling dahsyat pernah melanda benua itu dalam tempoh 20 tahun.
-Hungary khususnya sedang bersedia menghadapi lebih banyak banjir selepas air Sungai Danube mencapai paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 04 Okt 2024
- SG akan perkukuh perlindungan terhadap pengubahan wang haram, antaranya, dengan membimbing sektor hartanah dan perundangan cara untuk menyiasat aktiviti mencurigakan. - Hartawan hartanah Ong Beng Seng didakwa atas dua tuduhan berkaitan kes S Iswaran, sementara tiada sebarang tuduhan dikenakan terhadap ahli perniagaan Lum Kok Seng. - Yayasan Rahmatan Lil Alamin akan bekerjasama dengan badan amal silang agama Humanity Matters untuk menghantar bekalan bantuan ke Gaza pada Disember ini.