KILASAN | 21 September 2024
- Hampir 40 kedai kejiranan memohon geran untuk menganjurkan acara masyarakat demi memikat lebih ramai pengunjung ke estet mereka.
- Sebuah ruang selamat dan hijau bagi belia keperluan khas membangunkan kemahiran sosial dan motor masing-masing, di samping meraih pendapatan mereka sendiri. Itulah yang diharapkan menerusi ladang bandar baharu di Tampines.
- Di Malaysia, 200 orang kini diberkas dalam serbuan besar-besaranberhubung dakwaan berlakunya penderaan kanak-kanak di rumah-rumah jagaan GISB Holdings.
- Konflik Israel-Hezbollah di Lubnan terus mendalam apabila serangan-serangan terbaharu Israel membunuh Ibrahim Aqil, iaitu seorang komander pasukan elit Hezbollah.
- Lebih 17 juta rakyat Sri Lanka keluar mengundi untuk presiden baharu hari ini.
- Hujan lebat menyebabkan lebih 40,000 penduduk di wilayah Ishikawa, Jepun terpaksa meninggalkan rumah mereka dan berteduh di tempat lebih selamat.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 04 Okt 2024
- SG akan perkukuh perlindungan terhadap pengubahan wang haram, antaranya, dengan membimbing sektor hartanah dan perundangan cara untuk menyiasat aktiviti mencurigakan. - Hartawan hartanah Ong Beng Seng didakwa atas dua tuduhan berkaitan kes S Iswaran, sementara tiada sebarang tuduhan dikenakan terhadap ahli perniagaan Lum Kok Seng. - Yayasan Rahmatan Lil Alamin akan bekerjasama dengan badan amal silang agama Humanity Matters untuk menghantar bekalan bantuan ke Gaza pada Disember ini.