KILASAN | 19 Feb 2025
- Thailand menyatakan, sekitar 7,000 orang berjaya diselamatkan daripada operasi pusat-pusat panggilan haram di Myanmar.
- Parlimen Vietnam meluluskan projek kereta api bernilai AS$8 bilion yang akan menghubungkan bandar pelabuhannya di utara Haiphong, dengan China.
- Pope Francis dilapor mengalami pneumonia di kedua-dua paru-parunya, sekali gus menimbulkan komplikasi bagi rawatan saluran pernafasan yang beliau jalani.
- Lebih 150 ikan paus ditemui terdampar di sebuah pantai di pulau selatan Tasmania, Australia, dengan lebih 60 ekor didapati sudahpun mati.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.