KILASAN | 11 Nov 2024
- Iran dan Arab Saudi membincangkan kerjasama pertahanan semasa lawatan tentera peringkat tinggi Ketua Turus Tentera Arab Saudi, Jeneral Fayyad al-Ruwaili ke Tehran.
- Isu pembiayaan perubahan iklim bernilai sehingga AS$1 trilion menjadi tumpuan utama Sidang Puncak COP29 yang bermula di Azerbaijan hari ini.
- Di Indonesia, pihak berkuasa sedang berkejar dengan masa untuk memindahkan para penduduk dari kampung-kampung yang terjejas dengan letusan Gunung Berapi Lewotobi Laki-Laki di Flores Timur.
- Potret ahli matematik Britain, Alan Turing, menjadi karya seni pertama robot humanoid bernama Ai-Da. Ia dijual dalam acara lelongan seni digital Sotheby, pada harga AS$1.32 juta.
VIDEO HARUS DITONTON
Detik Semasa: Buatan China, Bukan Pilihan Kedua
Dahulu, barangan buatan China sering dianggap kurang bagus jika dibandingkan dengan produk negara lain. Kini dari peralatan elektronik, perabut, fesyen dan kendaraan, barangan buatan China bukan sahaja mendominasi pasaran dunia malah diterima ramai. Apa yang mendorong kepada perubahan ini sehingga barangan buatan China diterima pengguna setempat?