KILASAN | 06 Julai 2025
- Hartawan terkaya dunia, Elon Musk, mengesahkan beliau sudah menubuhkan parti politiknya sendiri di AS.
- Para pemimpin kumpulan negara membangun BRICS yang bersidang di Brazil dijangka akan mengecam tarif perdagangan Presiden Trump.
- Pelbagai negara di Eropah berdepan dengan kebakaran hutan yang marak selepas gelombang haba berpanjangan.
- Pelari jarak jauh Beatrice Chebet pecahkan rekod dunia, sekaligus menjadi wanita pertama untuk catat masa di bawah 14 minit dalam acara 5,000m.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.