KILASAN | 06 Okt 2024
- Menteri Pertahanan Israel Yoav Gallant dipecat Perdana Menteri Benjamin Netanyahu atas alasan hilang kepercayaan.
- WHO sedang mengaturkan pemindahan lebih 100 pesakit ke Amiriah Arab Bersatu (UAE).
- Pengerusi Rangkaian Kewangan dan Teknologi Global (GFTN), Ravi Menon mengumumkan bahawa rangkaian global bank pusat Singapura menyasarkan mahu menggandakan jangkauannya di seluruh dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.
- NUS dan NTU masing-masing mengekalkan kedudukan 5 tangga teratas dalam Ranking Universiti Dunia QS Quacquarelli Symonds bagi Asia tahun ini.
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.