KILASAN | 03 Nov 2024
- Ribuan kaum Hawa berarak di Washington DC dan kota-kota utama Amerika Syarikat, bagi menyokong calon Democrat Kamala Harris menjelang hari mengundi.
- Dalam satu operasi yang pertama seumpamanya dalam konflik Israel-Hezbollah sekarang ini, seorang pegawai kanan Hezbollah ditangkap komando Israel di utara Lubnan.
VIDEO HARUS DITONTON
Detik Semasa: Buatan China, Bukan Pilihan Kedua
Dahulu, barangan buatan China sering dianggap kurang bagus jika dibandingkan dengan produk negara lain. Kini dari peralatan elektronik, perabut, fesyen dan kendaraan, barangan buatan China bukan sahaja mendominasi pasaran dunia malah diterima ramai. Apa yang mendorong kepada perubahan ini sehingga barangan buatan China diterima pengguna setempat?