KILASAN | 02 Okt 2024
- Konflik semakin meluas di Timur Tengah merupakan antara topik yang mendapat sorotan dalam bahas antara dua calon naib presiden AS.
- Hampir 50,000 pekerja limbungan kapal di AS melancarkan mogok setelah tiada perjanjian dicapai berhubung tuntutan agar gaji mereka dinaikkan 77%.
- Mereka yang terselamat daripada bencana Taufan Helene menyifatkannya sebagai satu kemusnahan cukup dahsyat yang menggorbankan hampir 170 jiwa.
- Di Taiwan, semua pejabat, sekolah dan pasaran kewangan diarahkan tutup sedang Taufan Krathon membadai bahagian selatan dan timur pulau itu.
VIDEO HARUS DITONTON
SGKini | 13 Jan 2025
- 12 pesawat yang sepatutnya mendarat di Singapura terpaksa dilencongkan ekoran cuaca buruk hujung minggu lalu. - Langkah baharu diumumkan semasa pembukaan tahun perundangan 2025, dengan tujuan untuk mengurus kes kesalahan seksual dengan lebih baik. - Sekitar 1,000 pekerja sektor kejuruteraan jitu berpeluang meningkatkan kemahiran mereka di bawah program baharu yang diterajui ST Engineering. - Kesemua 8 anak kapal Silver Sincere yang berdaftar di Malaysia, berjaya diselamatkan selepas karam di perairan berhampiran Pedra Branca. - Mulai 14 Jan, keluarga bergaji rendah yang layak boleh membuat permohonan bagi baucar pengangkutan awam (PTV) bernilai S$60.