KILASAN | 01 Nov 2024
- Kementerian Tenaga Manusia (MOM) menggantung lesen dua agensi pekerjaan yang didapati mengenakan bayaran pendahuluan kepada pencari kerja.
- Sebuah pusat pertukaran bas yang baharu di Buangkok akan dibuka pada 1 Disember ini, menyediakan tiga perkhidmatan bas buat permulaan.
- Kempen radio 'Sinaran Hati 2004' oleh Dana Amanah TAA Aidilfitri dengan kerjasama WARNA 942 sejak 30 Sep lalu berjaya mencapai sasarannya sebanyak S$250,000.
- Lebih 62 juta pengundi AS sudahpun menentukan pilihan mereka dalam pengundian awal bagi Pilihan Raya AS 2024, sekali gus memecahkan rekod di beberapa wilayah.
- Shanghai meningkatkan tahap amaran kepada paras ketiga tertinggi untuk beberapa kawasan, sedang Taufan Kong-rey menghampiri pantai timur China
- Dunia mengucapkan Selamat Ulang Tahun kepada Hello Kitty, watak menyerupai kucing yang sudah setengah abad menghiasi pelbagai produk.
VIDEO HARUS DITONTON
Hubungan SG-Timor Leste – Xanana Gusmao puji SG sebagai negara contoh dalam dunia yang tidak menentu
Perdana Menteri Timor Leste itu berkata demikian di ceramah awam anjuran Sekolah Pengajian Antarabangsa S Rajaratnam (RSIS).