DETIK Semasa | Antara Kenyang dan Seimbang
Ramai warga emas di Singapura makan setiap hari namun masih kekurangan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh mereka. Didapati bahawa ramai warga emas yang tinggal bersendirian menghadapi kesukaran untuk mengekalkan diet yang seimbang dan berkhasiat apabila mereka semakin meningkat usia. Di sebalik isu yang semakin membimbangkan ini terdapat cabaran seperti pengasingan sosial, penuaan dan akses terhad kepada pemakanan yang mencukupi.
VIDEO HARUS DITONTON
KITORANGSG: Otai Untold Stories | EP 7: Raman Daud
Pernah memperjuangkan gagasan ekonomi Melayu yang akhirnya tinggal sebagai impian, wartawan veteran, Encik Raman Daud masih menyimpan harapan besar terhadap masa depan masyarakatnya. Selepas lebih tiga dekad dalam dunia kewartawanan, beliau mengimbas perjuangan KEMAS, pengaruh besar Allahyarham Pendeta Cikgu Ariff Ahmad serta kebimbangannya terhadap kedudukan bahasa dan budaya Melayu. Dalam episod KitorangSG kali ini, Encik Raman berkongsi kisah perjuangan dan pengorbanannya, sambil menyampaikan satu pesanan tegas — jangan sampai kejayaan membuat kita lupa akan akar budaya dan tanggungjawab terhadap masyarakat sendiri.