Skip to main content

Iklan

BERITA+ Seni | 10 Mei 2025 – Pementasan ‘Salina’

10 May 2025 09:58pm

‘Salina’, novel klasik karya Sasterawan A Samad Said, dianggap antara naskhah berani namun sarat dengan simpati dan nilai-nilai kemanusiaan.

Diangkat sebagai tonggak penting dalam perkembangan sastera Melayu moden, novel tersebut dipentaskan sempena Pesta Raya 2025 di Esplanade.

Penerbit Roslinda Rahmat ke balik tabir produksi untuk menyelami cabaran menghidupkan semula kisah getir Salina dalam konteks masa kini.

Iklan

Iklan

Iklan