BERITA+ HTHT | HETTY KOES ENDANG
Sepanjang kerjaya selama 53 tahun, penyanyi legenda Indonesia Hetty Koes Endang telah merakamkan 1,600 buah lagu untuk 153 album. Beliau berkongsi perjalanan seninya serta rancangan masa depannya dalam wawancara BERITA+: HTHT bersama Rosli A Razak.
Video Credits:
- Hetty Koes Endang Musica Official
- Mediacorp Suria
- @Hafeezglam/TikTok
VIDEO HARUS DITONTON
KitorangSG EP 8: Jatt Ali
Semasa tahun 1970-an, masyarakat Malay di Singapore menghadapi pemodenan yang pesat dan perubahan nilai sosial. Di Era itu muncul kugiran Black Dog Bone dengan music yang bertemakan cinta, jenaka, dan kehidupan seharian. Tahun 1970-an dan awal 1980-an merupakan zaman kemuncak ‘live music circuit’ di Singapura — di mana kugiran seperti B\lack Dog Bone m,encari makan di kelab-kelab malam dan hotel yang menawarkan persembahan music ‘live’ setiap malam. Kumpulan seperti Black Dog Bone mengasah kemahiran mereka di kelab sebelum mula merakam lagu. Gabungan muzik pop, funk, soul, dan rock mereka menarik minat penggemar musik di Singapura rantau ini. Kejayaan Black Dog Bone mengesahkan bakat tempatan punya nilai, dan mendorong pemuzik Singapura lain untuk menghasilkan lagu-lagu dari Singapura. Jatt Ali masuk studio KitorangSG untuk mengongsi cerita Black Dog Bone salah satu kugiran legenda negara ini.