Skip to main content

BERITA+ Feature | 26 Okt 2024 - Rentas Sastera Nusantara

26 Oct 2024 09:00pm
Menyediakan platform bagi tiga negara untuk menjalin persahabatan melalui seni persembahan dan sastera. Itulah yang disajikan acara "Ruang II: Rentas Sastera Nusantara" anjuran Variasi Performing Arts baru-baru ini. Acara dengan tema 'Wanita Agung Dunia' itu diadakan bersempena Bulan Bahasa 2024 dan disokong Jawatankuasa Pembelajaran dan Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).