Skip to main content

Iklan

BERITA+: Evolusi perniagaan gunting rambut kaum Adam... mengapa harga kini boleh cecah S$45?

09 Jan 2022 09:03pm

Pada zaman 1990-an, para pelanggan cuma perlu bayar kurang S$10 untuk gunting rambut. Khidmatnya boleh dikatakan ringkas tetapi potongan abang-abang gunting rambut cukup kemas sehingga kedai-kedai 'tradisional' yang menawarkan khidmat pada harga berpatutan seperti itu masih bertahan sehingga ke hari ini.

Kemudian timbul kedai gunting 'hipster' dan 'gentleman'. Harga khidmat yang ditawarkan di kedai-kedai sebegini pula boleh mencecah S$45! Menariknya, ramai sanggup membayar harga yang berkali-kali ganda lebih mahal itu.

Iklan

Iklan

Iklan