BERITA (27 Jan) | Jumlah rekod 69,000 pelajar ambil bahagian acara tahunan NSG
VIDEO HARUS DITONTON
KITORANGSG: Otai Untold Stories | EP 7: Raman Daud
Pernah memperjuangkan gagasan ekonomi Melayu yang akhirnya tinggal sebagai impian, wartawan veteran, Encik Raman Daud masih menyimpan harapan besar terhadap masa depan masyarakatnya. Selepas lebih tiga dekad dalam dunia kewartawanan, beliau mengimbas perjuangan KEMAS, pengaruh besar Allahyarham Pendeta Cikgu Ariff Ahmad serta kebimbangannya terhadap kedudukan bahasa dan budaya Melayu. Dalam episod KitorangSG kali ini, Encik Raman berkongsi kisah perjuangan dan pengorbanannya, sambil menyampaikan satu pesanan tegas — jangan sampai kejayaan membuat kita lupa akan akar budaya dan tanggungjawab terhadap masyarakat sendiri.