BERITA (17 Sep) | Tiada wang tebusan dibayar dalam insiden keselamatan siber: MUIS
Menurut Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), insiden keselamatan siber melibatkan penyedia sofwe Avelogic menjejas sebanyak 48 masjid dan 4 madrasah. #BERITAMediacorp #MUIS #KeselamatanSiber
VIDEO HARUS DITONTON
DETIK Semasa | Nilai Zapin Di Rantau Ini, Kitorangsg Isiah Majid
Berikutan pengumuman Lembaga Warisan Negara (NHB) bahawa Singapura akan bersama Brunei, Indonesia dan Malaysia dalam pencalonan multinasional tarian zapin ke senarai perwakilan Warisan Budaya Tak Ketara Kemanusiaan UNESCO, Detik meneroka apa maksudnya untuk mengekalkan tradisi serantau yang dikongsi ini. Detik KitorangSG: Sejak kecil, Isiah Majid tidak pernah membiarkan batasan menghalang minatnya terhadap silat. Daripada seorang gadis yang mencuri peluang belajar di tepi gelanggang, beliau kemudian menjadi antara individu yang gigih mempertahankan warisan Silat Gayong dan merakam sejarahnya untuk generasi akan datang. Episod kali ini, Isiah berkongsi perjalanan hidupnya sebagai seorang ‘Srikandi’ - daripada dunia persilatan hingga keberaniannya memikul amanah menerajui Majlis Pusat ketika berdepan kemelut.