Skip to main content

Iklan

Iklan

Tokyo lapor 237 kes baru COVID-19

Sebanyak 237 kes baru COVID-19 dilaporkan di ibu kota Jepun hari ini (22 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Tokyo lapor 237 kes baru COVID-19

Orang ramai memakai pelitup di tengah pandemik COVID-19 di Tokyo, Jepun pada 9 Jun 2020 (Gambar fail: REUTERS/Issei Kato)

Diterbitkan : 22 Jul 2020 04:30PM Dikemas Kini : 22 Jul 2020 04:34PM

TOKYO: Sebanyak 237 kes baru COVID-19 dilaporkan di ibu kota Jepun hari ini (22 Jul).

Inilah kali pertama dalam masa tiga hari pertambahan lebih 200 kes dilaporkan di Tokyo dalam satu hari.

Sungguhpun begitu kerajaan Jepun tetap berasa yakin ia dapat mengimbangi rancangan untuk membuka semula ekonominya dengan langkah-langkah kawalan pandemik itu.

Hari ini kerajaan Jepun melancarkan kempen "Go to Travel" bagi menggalakkan para penduduk tempatan melancong dan berbelanja di dalam negara.

Kerajaan sudah memberi subsidi sehingga AS$185 (S$256) kepada setiap penduduk bagi setiap perjalanan bercuti di dalam negeri.

Namun subsidi itu tidak termasuk bagi perjalanan melancong ke Tokyo kerana kes jangkitannya yang tinggi.

Jepun kini mempunyai jumlah terkumpul kes COVID-19 sebanyak lebih 26,000 dan hampir seribu pesakitnya sudah meninggal dunia.

Sumber : Agensi berita/MU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan