Skip to main content

Iklan

Iklan

Tiada kes jangkitan semula COVID-19 diketahui di S'pura: MOH

 Tiada kes jangkitan semula COVID-19 yang diketahui di Singapura buat masa ini, dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang "menyiasat secara aktif" kemungkinan berlaku jangkitan semula dalam kalangan mereka yang sudah pulih daripada penyakit itu.

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada kes jangkitan semula COVID-19 diketahui di S'pura: MOH

(Gambar: AFP/Roslan RAHMAN)

Diterbitkan : 27 Aug 2020 06:36PM Dikemas Kini : 27 Aug 2020 06:43PM

SINGAPURA: Tiada kes jangkitan semula COVID-19 yang diketahui di Singapura buat masa ini, dan Kementerian Kesihatan (MOH) sedang "menyiasat secara aktif" kemungkinan berlaku jangkitan semula dalam kalangan mereka yang sudah pulih daripada penyakit itu.

Berikutan laporan mengenai kes-kes COVID-19 yang sudah pulih di Hong Kong, Belgium dan Belanda yang dijangkiti lagi virus korona, seorang jurucakap MOH berkata pada Khamis (27 Ogos) bahawa kementerian tersebut akan terus meneliti semula kajian klinikal global dan tempatan serta bukti mengenai jangkitan semula COVID-19.

MOH akan "memantau keadaan tersebut dengan teliti", menurut jurucakap itu dalam jawapan kepada pertanyaan Mediacorp.

"Kami juga sedang menyiasat secara aktif kemungkinan jangkitan semula dalam kalangan mereka yang sudah pulih daripada COVID-19, apabila mereka mendapatkan rawatan perubatan selanjutnya untuk gejala jangkitan pernafasan akut," tambah jurucakap itu.

Pada Isnin, para pengkaji di Universiti Hong Kong berkata bahawa seorang lelaki Hong Kong yang sudah pulih daripada COVID-19 dijangkiti semula COVID-19 empat bulan setengah kemudian.

Ia merupakan kes jangkitan semula ke atas manusia yang pertama dilaporkan. Lelaki berusia 33 tahun itu disahkan bebas COVID-19 dan dibenarkan pulang dari hospital pada April, tetapi diuji positif lagi selepas pulang dari Sepanyol melalui Britain pada 15 Ogos.

Pesakit itu kelihatan sihat sebelum itu, menurut para pengkaji dalam kertas kajian itu, yang disahkan oleh jurnal perubatan antarabangsa Penyakit Berjangkit Klinikal.

Beliau dikesan dijangkiti jenis virus korona yang berlainan daripada yang dijangkitinya sebelum ini dan kekal tidak menunjukkan gejala bagi jangkitan kedua.

Hasil kajian itu tidak bermakna bahawa pengambilan vaksin tidak berguna, menurut salah seorang penulis utama kajian itu, Dr Kai-Wang kepada Reuters.

Pakar epidemiologi Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO), Maria Van Kerkhove berkata pada Isnin tiada keperluan untuk membuat kesimpulan terburu-buru, sebagai mengulas kes Hong Kong itu. 

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan