Skip to main content

Iklan

Iklan

Tiada cuti bergaji bagi penjawat awam Gaza tidak divaksin

Para penjawat awam di Gaza yang tidak divaksin terhadap COVID-19 tidak akan menerima bayaran gaji apabila mereka mengambil cuti sakit (MC), menurut Hamas pada Rabu (29 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Tiada cuti bergaji bagi penjawat awam Gaza tidak divaksin

Kakitangan kesihatan Palestin siapkan suntikan vaksin COVID-19 bagi bekas menteri kesihatan Jawad Tibi pada 22 Feb 2021 (Gambar: REUTERS/Mohammed Salem)

Diterbitkan : 30 Sep 2021 09:06AM Dikemas Kini : 30 Sep 2021 09:07AM

GAZA: Para penjawat awam di Gaza yang tidak divaksin terhadap COVID-19 tidak akan menerima bayaran gaji apabila mereka mengambil cuti sakit (MC), menurut Hamas pada Rabu (29 Sep).

Hamas, yang mentadbir Carikan Gaza sejak 2007, sedang berusaha melenyapkan keraguan terhadap vaksin di wilayah yang dikepung Israel itu - yang menjadi kediaman kepada sekitar dua juta rakyat Palestin.

Kementerian Kesihatan Gaza menyatakan ia menerima 768,000 dos vaksin tetapi hanya 140,000 penduduk sudah lengkap divaksin.

"Langkah undang-undang mesti diambil terhadap pekerja yang tidak mematuhi arahan mengenai vaksinasi," kata Ketua Pejabat Media Hamas, Salama Maruf.

Langkah serupa bagi pekerja perkhidmatan awam yang tidak divaksin sudahpun dilaksanakan sejak beberapa minggu lalu di petempatan Tebing Barat, sebuah wilayah berasingan yang ditadbir oleh Penguasa Palestin (PA).

Perdana Menteri Palestin Mohammed Shtayyeh berkata "kebanyakan" kes baru di Tebing Barat adalah dalam kalangan penduduk yang tidak divaksin.

Di Tebing Barat, yang di bawah pendudukan tentera Israel sejak 1967, lebih 234,000 kes COVID-19 dicatatkan dan hampir 2,700 penduduk meninggal dunia akibat koronavirus itu.

Lebih 596,000 penduduk sudahpun lengkap divaksin di wilayah tersebut yang didiami sekitar 2.3 juta warga Palestin, menurut PA.

Di Gaza, sekitar 169,000 kes COVID-19 dilaporkan dengan 1,375 kematian sejauh ini. 

Sumber : AFP/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan