Tiada bukti penularan COVID-19 akan hilang ketika musim panas: Pakar WHO
Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan, berkata tiada bukti penularan virus korona COVID-19 akan berkurangan ketika musim panas yang menjelang tiba di Eropah.
(Gambar: Reuters)
GENEVA: Pengarah Eksekutif Program Kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Mike Ryan, berkata tiada bukti penularan virus korona COVID-19 akan berkurangan ketika musim panas yang menjelang tiba di Eropah.
“Kita masih belum tahu bagaimana virus ini dalam keadaan cuaca yang berbeza nanti. Kita perlu menganggap bahawa virus ini akan terus mempunyai kapasiti untuk merebak," katanya pada taklimat harian kepada media pada Jumaat (6 Mac).
“Adalah satu harapan palsu untuk mengatakan ‘ya’ ia akan hilang ketika musim panas, seperti virus influenza.
"Ketika ini, tiada bukti untuk menunjukkan itu akan berlaku,” katanya.
Maka itu, semua negara dan masyarakat harus elak daripada 'menuding jari' dan sebaliknya melakukan apa yang perlu untuk menyelamatkan nyawa dan melawan penyakit itu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.