Skip to main content

Thailand kesan kelompok baru COVID-19 berkait pasar pinggir Bangkok

Thailand mengesan satu kluster baru COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan sebuah pasar di pinggir Bangkok.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand kesan kelompok baru COVID-19 berkait pasar pinggir Bangkok

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Mar 2021 08:26PM Dikemas Kini : 14 Mar 2021 08:27PM

BANGKOK: Thailand mengesan satu kluster baru COVID-19 yang mempunyai kaitan dengan sebuah pasar di pinggir Bangkok.

Menurut Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), setakat ini sekurang-kurangnya 90 individu yang disahkan positif mempunyai kaitan dengan Kluster Pasar Bang Khae yang diarahkan tutup bermula Sabtu (13 Mac).

BMA juga memperhebat pengesanan kes aktif di pasar itu serta lima lagi pasar berhampiran, iaitu Sirisetthnont, Kitti, Pasom, Wonder dan Talat Mai Bang Khae selain menggesa mereka yang mengunjungi pasar terbabit dalam tempoh 27 Feb hingga 13 Mac menjalani penilaian risiko dan ujian saringan COVID-19 di hospital kerajaan.

Sementara itu dalam tempoh 24 jam lalu, Thailand mencatatkan 170 kes baru, menjadikan angka kumulatif jangkitan di negara tersebut kini berjumlah 26,927 kes dengan kematian kekal 86 orang.

Menurut Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19, daripada jumlah kes baharu itu, 156 merupakan jangkitan tempatan, merangkumi 136 dikesan melalui pengesanan kes aktif dan baki adalah mereka yang mendapatkan rawatan di hospital.

Sebanyak 14 lagi merupakan kes import termasuk tiga dari Malaysia.

Thailand juga dilapor bercadang melonggarkan sekatan yang berkuat kuasa sekarang berikutan penularan gelombang ketiga pandemik itu yang bermula pada pertengahan Disember lepas di sebuah pasar makanan laut di Samut Sakhon, terus menunjukkan perkembangan positif. 

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita