Skip to main content

Iklan

Iklan

Thailand catat 15 kematian, bilangan harian tertinggi COVID-19

Thailand melaporkan 15 kematian baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu angka korban harian tertinggi sedang kerajaan negara itu meningkatkan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah jangkitan.

Anggaran Waktu Membaca:
Thailand catat 15 kematian, bilangan harian tertinggi COVID-19

Seorang penduduk Thailand diimbas suhu badan di tengah pandemik COVID-19 (Gambar fail: BERNAMA)

Diterbitkan : 27 Apr 2021 09:39PM Dikemas Kini : 27 Apr 2021 09:42PM

BANGKOK: Thailand melaporkan 15 kematian baru COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, iaitu angka korban harian tertinggi sedang kerajaan negara itu meningkatkan langkah-langkah untuk mengurangkan jumlah jangkitan.

Dalam tempoh yang sama, Thailand mencatatkan 2,179 kes baru COVID-19, menjadikan jumlah jangkitan keseluruhan sebanyak 59,687 dan 163 kematian.

Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Dr Taweesin Visanuyothin mengatakan kematian baru itu melibatkan sembilan lelaki dan enam wanita, semuanya rakyat tempatan yang berusia antara 24 dengan 88 tahun.

"Kadar kematian pandemik ketika ini adalah 0.22 peratus. Lebih 55 peratus kematian adalah mereka yang berumur 60 tahun dan lebih tua, ” katanya semasa taklimat harian COVID-19 hari ini.

Tambahnya lagi, daripada 2,179 kes baru COVID-19, 2,174 adalah jangkitan tempatan dan lima kes import.

“Bangkok melaporkan 993 kes baru diikuti Nontbaburi (149), Pathum Thani (93) Samut Prakan (93) Chonburi (80) dan Surat Thani (62).

Sementara itu, Taweesin berkata Kementerian Kesihatan Awam mengusulkan agar semua pelancong antarabangsa yang memasuki negara itu harus mendapatkan Sijil Masuk (CoE) selepas 1 Mei dan menjalani kuarantin 14 hari berbanding 10 hari ketika ini.

"Usulan itu akan dibentangkan dalam pertemuan CCSA pada Khamis," katanya.

Taweesin mengatakan Bangkok dan 53 wilayah termasuk Chiang Mai dan Phuket telah mewajibkan pemakaian pelitup di semua tempat awam dan sesiapa saja yang melanggar perintah itu boleh dikenakan denda sehingga 20,000 baht (S$850) di bawah Akta Penyakit Berjangkit 2015.

Sementara itu, timbalan jurucakap Kementerian Luar Natapanu Nopakun mengatakan kerajaan akan menggunakan sistem arahan tunggal untuk meningkatkan kecekapan pelaksanaan vaksinasi nasional.

Beliau berkata rancangan vaksinasi proaktif dengan bantuan sektor swasta akan dijalankan untuk meringankan beban terhadap sistem kesihatan awam.

"Kerajaan akan sedaya upaya mendapatkan lebih banyak dos (vaksin) untuk menyokong pelaksanaan (vaksinasi), dengan menyasarkan untuk membeli 10 hingga 15 juta dos sebulan daripada beberapa pengeluar.

"Kerajaan turut menyasarkan 30 juta orang untuk mendapatkan vaksin dalam tempoh tiga bulan akan datang dan 50 juta pada hujung tahun ini," katanya.

Setakat ini, sejumlah 1.01 juta orang telah mendapatkan dos pertama mereka sementara 214,644 orang sudah selesai menerima suntikan dos kedua.

Sumber : Bernama/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan