Skip to main content

Iklan

Iklan

Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan jika COVID-19 terus menular

Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya tempoh dua minggu ini gagal mengekang penularan wabak COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan mungkin dilanjutkan jika COVID-19 terus menular

PM Muhyiddin. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Mar 2020 09:14PM Dikemas Kini : 18 Mar 2020 09:37PM

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Malaysia Muhyiddin Yassin berkata kerajaan mungkin terpaksa melanjutkan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan sekiranya tempoh dua minggu ini gagal mengekang penularan wabak COVID-19.

Beliau berharap Malaysia bebas dari COVID-19 selepas habis tempoh dua minggu perintah itu berkuat kuasa bermula hari ini (18 Mac).

“Kerajaan berharap selepas habis tempoh dua minggu, mereka yang mempunyai simptom berjaya diasingkan untuk diberikan rawatan, menjadikan Malaysia bebas dari COVID-19,” katanya dalam perutusan yang disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan, malam ini.

Beliau menjelaskan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan untuk memutuskan rantaian jangkitan supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 dapat dikurangkan.

Beliau berkata menerusi perintah kawalan sehingga 31 Mac itu, rakyat tidak perlu bergerak ke sana sini sehingga boleh mendedahkan mereka kepada jangkitan virus COVID-19. 

"Virus ini berjangkit dari manusia ke manusia menerusi sentuhan. Kalau saudari-saudari bergerak ke sana-sini, apatah lagi bersesak di tempat awam, kemungkinan untuk bersentuhan adalah tinggi," katanya

Menjelaskan mengapa perintah itu berkuat kuasa selama dua minggu, Encik Muhyiddin berkata ia kerana COVID-19 mempunyai hayat inkubasi dua minggu.

Tambahnya terdapat kes yang simptom hanya muncul selepas itu. 

Atas alasan itu, jelas beliau, kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah serta pekerja tidak perlu ke tempat kerja.

"Kerana itu kerajaan mengisytiharkan penutupan sekolah supaya anak-anak kita tidak perlu pergi ke sekolah. Jadi, mereka tidak akan bersentuhan dengan rakan-rakan yang mungkin membawa virus COVID-19. 

"Saudara saudari juga tidak perlu ke tempat kerja supaya saudara saudari tidak bersentuhan dengan orang lain yang mungkin membawa virus ini. Inilah tujuannya," katanya.

Sebanyak 117 kes baru COVID-19 dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), hari ini, dengan 80 daripadanya berkaitan kelompok perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Seri Petaling.

KKM turut mengesahkan 11 kes jangkitan COVID-19 sudah pulih dan dibenarkan untuk keluar hospital hari ini.

Menteri Kesihatan, Dr Adham Baba, berkata peningkatan kes baru itu itu menjadikan jumlah kumulatif kini kepada 790 kes.

Sumber : Bernama/SU/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan